SnapShot di CameroonHighland (i)
13 November 2010
Berjaya juga pergi ke Cameroon Highland dengan usaha sendiri. ;) . berbaloi juga walaupun pergi balik hari. Bertolak dari rumah pukul 6 pagi lepas Subuh. Amik kawan kat Bandar Permaisuri, Cheras, Wan Iswan. Pastu terus ke Lebuhraya Plus Utara-Selatan. Perjalanan lancar sebab kereta tak banyak.
Berenti sarapan di R&R Tapah, kat sini dah ramai dah orang. Dengan rombongan budak-budak bawah umur ramai (budak sekolah) dan juga mereka yang menghala ke utara. Ada yang terpaksa berdiri untuk tunggu meja kosong. Nasib baik lepas beli makanan ada meja kosong, terus je duduk.
Menu sarapan : mee segera goreng + air teo limau ais = Rm6.00
Lepas sarapan terus menyambung perjalanan semula, untuk ke CH, kami exit Tapah, tol dari jalan Duta exit tol Tapah RM19.40. perjalan lebih kurang 90 minit untuk sampai ke tol Tapah. Jalan nak menghala ke CH sangat mencabar sebab naik bukit n bengkang bengkok. Di ingatkan cuba jangan naik ke CH pada waktu malam kerana kawasan sebelum sampai ke Ringlet sangat gelap kerana ketiadaan lampu jalan.
Tapi pemandangan kat sana pada waktu pagi memeng menyenangkan. Udara pun nyaman. Tapi kalu ada bas atau lori, jadi tak beberapa best pulak. Sebab kena pasang aircond, kalu tidak kena tiupan ‘bayu hitam’ dari ekzos lori/bas tu.. (@.@).
Dekat kawasan bukit-bukit ada penempatan orang Asli (tak tau dari suku apa)... mereka banyak menjual madu lebah, madu kelulut (hitam + sedikit asam) , susu lebah (warna putih) dan juga tumbuh-tumbuhan hutan.
Banyak kawasan-kawasan yang sedang membangun di CH, persekitaran dekat situ dah tak sejuk dah. Masih boleh berselipar lagi. ;) tapi udara tetap nyaman dan menyegarkan. Bangunan-bangunan di sekitar CH banyak mengunakan seni reka bangunan Inggeris lama. Sangat menarik perhatian
Tanah Rata
Banyak kemudahan yang ada disini. Macam-macam ada.. ;) .. bank, stesen minyak, rumah tumpangan, kedai runcit dan banyak lagi lah kemudahan asas sebelum naik lebih tinggi ke Brinchang. Jalan raya dekat sini memang sempit. Tapi pemandu-pemandu dekat sini sangat bertolak ansur.
Brinchang
Pekan ni lebih kepada tempat untuk bersantai, kerana banyak tempat-tempat menarik yang boleh ditujui. Di sini banyak terletak hotel-hotel dan kemudahan lain yang boleh dikatakan amat memuaskan. Kat sini ada cactus valley, sempat snap beberapa keping gambar pokok-pokok bunga dan kaktus.
Pasar Malam
Di sini juga terdapat pasar malam yang menjual souvenier-souvenier yang lebih murah daripada kedai souvenier lain. tidak perlu berhabis banyak untuk membeli buah tangan jika berkunjung ke pasar malam CH yang berada berhadapan dengan Balai Polis CH.
Taman Rama-rama
menghala ke atas lagi terdapat juga taman rama-rama. dekat sini terdapat banyak rama-rama jenis RAJA BROOKE, mungkin disebabkan berada di tempat dingin. boleh di kata kan terdapat pelbagai spesies rama-rama, kumbang, ular dan sesumpah. malahan katak juga ada.. taman ni terbahagi kepada 3 bahagian. bahagian 1, terdapat pelbagai spesis rama-rama,ular, dan kumbang.
bahagian B pula terdapat pelbagai jenis bunga-bungaan yang ditanam, termasuk lah bunga ros, bunga raya AA dan lain-lain bunga yang hidup di tempat yang dingin, di sini juga terdapat katak daun dan kala jengking yang di letakkan di dalam sangkar konkrit.
manakala bahagian C pula terletak muzium serangga yang di pamerkan dengan serangga-serangga yang telah di awet.
Taman Lebah (bee apiary)
Menghala ke atas lagi terdapat apiary, iaitu ladang ternakan lebah. di sini lebah-lebah tersebut dibiarkan terbang bebas untuk mencari madu, pengunjung di larang berdiri dekat dengan sarang lebah untuk tujuan keselamatan. lebah-lebah tersebut bebas untuk terbang mencari madu pada bunga-bunga yang banyak di tanam di kawasan tersebut. terdapat juga kolam ikan koi di tengah-tengah kawasan tersebut disamping sebuah pondok bagi pengunjung berhenti untuk melepaskan lelah.; )
beberapa tempat tidak dapat ditujui kerana pengujung yang datang ke CH amat lah ramai disebabkan hari minggu. antara tempat yang tidak sempat dikunjungi ialah strawberi park dan ladang teh boh.
semasa dalam perjalanan pulang, kami singgah di ladang teh Bharat.
menu minum petang: teh tarik float (vanilla) = RM5.00 segelas.
lepas minum petang, sesi snap di ladang tersebut. terdapat pathway untuk bersiar-siar dan juga air terjun buatan di ladang tersebut. sesuai untuk membuat crita hindustan kerana tempat yang berslope dan penuh kehijauan. saujana mata memandang (entah betul ke tak... ;p)
itu adalah destinasi terakhir kami di CH sebelum bertolak pulang ke kL.....
Budget balik hari : tol pergi balik tol Duta-Tapah-tol Duta = Rm38.80
sarapan di r&r Tapah: RM6.00
Minyak penuh: Rm70.00 (Proton Waja) kL-CH-kL
Taman Rama-rama: RM5.00 (dewasa)
makan tengah hari: RM7.00 (nasi+ayam goreng+teh o ais limau)
souvenier: RM35 (strawberri)+magnet peti ais RM10 = RM45.00
Madu lebah (beli dengan orang Asli)=Rm50
total up = RM220.++ untuk pergi bercuti ke CH tidak termasuk penginapan di hotel.
No comments:
Post a Comment